Tuesday, December 6, 2011

Breaking Dawn

Setibanya dia OU, ayahku menanyakan persoaalan duit. "Kakak ada duit tak?" aku tidak menjawab soalan itu, tetapi sebaliknya aku berterus terang. "Untuk makan? :3 " Dihulurkan kepada ku wang ringgit sebanyak RM50. Muahahahaha . Sayang papa :*

Kami berpusing-pusing sekitar OU untuk mencari GSC. Bila dah sesat, barulah Kamilah bersuara. Sakit hati betul dengan dia ni. Dia tahu kedudukan panggung wayang itu tapi berdiam diri. -.- Cepuk kang .
Sebelum sesat untuk kali kedua dan Kamilah bersuara, kami ke kedai topup yang berhampiran.
Kehadirang 3 orang rakan kami masih dinanti-nantikan sewaktu di GSC. Aku dan Afrina ke kaunter tiket . Tidak lama mana queue itu. Setakat 15 minit boleh tahan.

Apabila giliran kami tiba, dilemma melanda kerana beberapa masalah.
1. Showtime
2. Seating
Hmm , so we ended up with me paying for 4 tickets for ze Breaking Dawn. Jahir,Kam,Afirul,Hazwan.
While Afrina paid 2 tickets for Puss In Boots 3D .But, it didn't end up very well.

" Alah Kamilah , pergi jelah tengok BD. Dah beli ticket ni. " Agak buntu dengan situasi ini. Masing-masing keras kepala -.- "Tapi nanti I sorang, takkan nak tgk BD sororang-sorang, pleaseeee" Haih . nak je aku terajang kepala semua orang yang ada kat panggung wayang tu.

So, kami pun pergi beratur untuk beli popcorn. Dalam kepala aku , sedang mengira tuntutan duit untuk Jahir , Kamilah dan Hazwan. Afirul aku dah janjikan untuk belanja. RM12 seorang .
EH EH . Kelihatan dua orang jejaka yang ku kenal sedang naik escalator  ._. Afirul dengan Jahir . Eh, mana Hazwan . Eh , dia tak datang ! -.- Habislah tiket wayang satu melayang.
" Kam, tu tu tu " " I tahu lah, buat tak tahu je :) " "Oh , okay okay :3 "
Sementara menunggu showtime masing-masing, kami duduk di sebuah stall berhampiran dan berbincang. Entah dua orang itu nampak ke tidak . Kisah pulak aku .

Last-last minute, bila semua dah masuk , Afrina dan aku terpaksa tunggu kerana showtime kami pukul 2 pm . Tidak dibenarkan masuk sama sekali . Then bila dah dibenarkan, kumpul 2 3D glasses dan nak sneak terus ke Puss in Boots kerana telah berbincang untuk tengok BD sama sama. "Jom Af, jom !"
Langkah kami terhenti bila 3 orang itu sedang menunggu di luar cinema . Adoiii . Terpaksalah .

Heee , boleh tahan tengok BD. Romantik. Terutamanya part perkahwinan dan bulan madu. Paling mengerikan , part Bella Swan hendak bersalin . Part XX dipotong, Alhamdulillah.

Kedudukan: Afrina. Kamilah. Allia. Jahir. Afirul .

Pfffft . Aku jugak yang jadi mangsa akhirnya t(-.-t)

" Yang masalahnya, diorang ni buat muka awkward then ikut kita kat belakang" Luah Kamilah tidak puas hati.
Kamilah , itu masalah pertama. masalah kedua kerana dia nak rushing gila-gila, bowling pun tak sempat :'( memang Afrina dan aku bila balik sedih dan tak puas hati gila . Plan then susah nak dapat izin keluar , sekali it didn't go as planned . Sedih okay :'(

Yang dua orang lelaki kat belakang tu tak bercakap langsung. kami yang di depan ni berlegar-legar di shopping complex OU tanpa arah tujuan . LIKE A BOSS . Nak makan sebenarnya. Hua hua hua.
Semua makan McD . Hah , nak ku ceritakan satu kejadian yang betul-betul menyakitkan hati kami.

Di sudut McD, terdapatlah sebuah meja dan beberapa keusi. jadi , aku ke sana dengan pantas memandangkan restoran itu penuh. Dapat jugak tempat duduk :)
Afrina belanja kami McFlurry dan Sundae cone. Since semua lapar tetapi tak rasa nak makan McD . Dua orang lelaki yang telah bayar untuk pesanan mereka menuju ke tempat duduk kami. Aku pun bangun . Nak bagi mereka duduk kononnya . kerana berasa sungguh kecewa , aku beredar daripada kawasan McD untuk bersendirian , Afrina pun ikut sekali . Selepas itu, Kamilah pula . Wah wah wah . Sekali tengok balik . Tiada kerusi untuk kami duduk . Afirul duduk berdepan dengan jahir manakala dua kerusi lagi diletakkannya barang-barang . Sungguh gentleman . Yang paling tidak puas hati, Afrina . Dikutuknya habis-habisan . Siap perli lagi .

So , yeah , malas nak berbahasa panjang , faham-faham aje lah .

Salam sayang xx

Getting Ready

So, bangun awal jugak. Pukul 7:30, berapa kali dah tekan butang snooze -_-zzz nantuk bhaii. Mandi, lepastu pakai 'robe' , tidur balik :D Yang tak diduganya, time-time aku tengah tak pakai baju betul-betul lah time orang nak masuk bilik. Satu keluarga masuk. *jengjengjeng* ada apa tu ._. Dah lah kepala sehingga kaki dalam selimut. Macam orang mati.
Adik aku pun step forward, "Kakak, here's a phone" HAHAHAHA. Tak surprise lah jadinya . Aku sambil menggosok mata , masih berusaha untuk senyum dan meluahkan ekspresi terkejut dan gembira. "Thank you" aku ucapkan berkali-kali. Jadi, mereka semua pun keluar lah. Aman sikit -_-
Mereka semua nak bersiap untuk makan nasi dagang, aku, pakai t-shirt dengan seluar trek. Siapa tak pelik kan? Kemudian, aku ingatkan ayah aku yang dia ada janji untuk hantar aku ke OU. Ibu ku pula, membebel . Aku buat pekak je lah. Afrina janji nak datang pukul 10 am, jadi aku tak ikut mereka. Tunggu Afrina. Sambil-sambil tu, buat apa yang patut. MAKAN :D
Dia lewat setengah jam. berdebar-debar aku ingat dia tak datang ._. Beberapa minit kemudian, telefon bimbit aku berdering. Kedengaran suara Afrina di hujung talian. "Hello Allia, nak tanya ni......."
Phewhh , ingat dia tak datang :D

Kami cuba call semua orang untuk mendapatkan kepastian kehadiran mereka.
1. Kamilah: I tak tahu lah, my dad macam tak kasi je...nanti I confirm balik k.
2.Syee: Alah Allia, tak boleh, ayah kite tak kasi. Bagi alasan apa pun dia tak bagi. Sorry eh.
3. Afirul . Langsung tak jawab telefon.

" Afrina, kalau Kamilah tak datang , kita berdua dengan tiga orang lelaki tu lah ._. "
Explains the whole situation huh ?

Jadi , kami berharap sangat Kamilah jadi datang . berdebar-debar. So, while waiting, kami ke atas. Afrina akan tolong aku pilih baju :D

" So, I have two options here. This dress or this blouse and skirt, they look the same, Im confused.."

Afrina pilih yang blouse and skirt, manakala aku, masih menghadapi dillema. Akhirnya, dress itu juga yang aku pakai. No regrets bruhh. 
***

" Yay yay ! Kamilah boleh datang ! " kata aku kepada Afrina . Wahh , sungguh gembira aku pada waktu itu. Bila Kamilah sudah sampai di rumahku , dia asyik meluahkan perkataan 'takut' entah kenapa -.-
Oh, baru lah aku tahu, apa yang disampaikan kepada ayahnya, tidak sama dengan apa yang akan berlaku.

Macam-macam lah yang dia suruh aku buat. Tak larat aku nak melakukannya . Pasrah aje lah.